MH17: Kerajaan Pas Kelantan ucap takziah
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, tragedi itu amat mengejutkan selepas peristiwa pesawat MH370 yang hilang pada Mac lalu masih belum reda.
"Saya agak terkejut apabila mendapat makluman bahawa pesawat Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
"Belum lagi reda isu kehilangan pesawat MH370, kini satu lagi ujian besar terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Ahmad, beliau yakin kerajaan sedang mengenalpasti punca nahas dan berharap dapat melaporkan secara terperinci khususnya berhubung dengan keadaan mangsa.
"Sudah tentu keluarga mereka (mangsa) yang sebahagiannya menanti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak pagi tadi amat sedih dengan kejadian ini.
"Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga penumpang serta anak kapal. Semoga mereka dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian getir ini," katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140718/dn_54/MH17-Kerajaan-Pas-Kelantan-ucap-takziah#ixzz37nvPjmdN
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment